Monday 23 January 2012




Assalamualaikum murid,kita bertemu lagi pada hari ini dalam matapelajaran akhlak...Sebelum itu,marilah kita bersama-sama membaca doa belajar terlebih dahulu.
Mari bersama-sama kita mengikut nasyid ini.

DOA BELAJAR

Hari ni ustaz nak kongsi satu perkara yang penting. Ianya semakin dilupai. Ianya semakin menghilang sedikit demi sedikit. Ianya semakin tidak diamalkan dalam masyarakat kita hari ini.Sebelum itu,ustaz nak tanya kepada murid-murid mengapa adab-adab berjiran ini semakin dipinggirkan? Sedangkan inilah yang agama kita (ISLAM) ajar untuk kita amalkan? Adakah kerana kita semakin moden, maka adab-adab ini sudah menjadi tidak relevan lagi? Benarkah begitu?
adab berjiran
Murid-murid semua,kita tak perlu tengok orang lain. Cuba renung dan nilaikan diri sendiri. Sejauh manakah yang kita telah amalkan adab-adab ini?Jadi,untuk seterusnya hari ini kita akan belajar adab berjiran dan ustaz harap murid-murid semua akan faham dan mengamalkannya ketika dirumah..

Takrif jiran membawa maksud orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat berjiran itu bukanlah sebaliknya.
ADAB BERJIRAN
1) Menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka.
2) Sekiranya mereka pergi atau meninggalkan rumah mereka.
3)Tidak membuat masalah dan menggangu ketenteraman.
4) Bersedekah lah antara satu sama lain.
5)Menjauhi sifat hasad dengki.
6)Membantu jiran yang dalam kesusahan.
7)Bergotong-royong.

HIKMAH MENJAGA ADAB BERJIRAN
1)Kehidupan akan tenang dan harmoni.
2)Mudah mendapat pertolongan pada waktu susah.
3)Mendapat keberkatan Allah
4)Masyarakat dapat hidop bersatu-padu dan tolong menolong
5)Gejala sosial dapat ditangani





1 comment: