Sunday 29 January 2012


ADAB MELAWAT PESAKIT


1) Pastikan anda tidak memakai minyak wangi yang keterlaluan sehingga membuatkan pesakit rasa kurang selesa.
2) Digalakkan membawa buah tangan seperti bunga, buah, coklat dan makanan ketika melawat pesakit.
3) Pastikan anda menutup telefon bimbit atau meletakkannya dalam keadaan senyap sewaktu melawat pesakit.
4) Apabila bersalam dengan pesakit, peganglah tangannya dengan lembut.
5 ) Jangan sesekali duduk di atas katil pesakit kerana ini akan menyebabkan pesakit rasa tidak selesa kerana ruang yang sempit.
6) Berbual dengan pesakit dengan nada suara yang sederhana, tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat.

Doa untuk orang Sakit



Hikmah Melawat Orang Sakit

  • mengeratkan hubungan silaturrahim.
  • dapat memberi keinsafan kepada diri 
  • memberi semangat kepada pesakit
  • mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah S.W.T

Hadis : 
Sabda Rasulullah s.a.w: “Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, ‘Lihatlah kalian, apa kata hambaKu.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, “Aku berjanji untuk hambaKu. Jika aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan aku hapuskan pula keburukannya”.
(Dipetik daripada Kitab Mukashafah Al Qulub-Imam Al Ghazali)




1 comment: